Countdown..28 hari lagi…
Hanya tinggal 28 hari je lagi..untuk mengakhiri zaman keterunaan aku nie..dalam hati of course la excited..takut pun ada jugak sebab takut tok kadi tu tanya bukan-bukan..harap-harap tak gagap masa tu..confident!!!
Dalam 2 hari ni agak struggle sikit..sebab baru-baru nie aku baru daftar nikah kat JAWI. Borang dah lama ambik cuma baru je register sebab korang kena tahu pernikahan yang telah didaftarkan akan expired dalam tempoh 3 bulan. Kalau korang tak nikah dalam tempoh tu kena register balik. Leceh..Dalam pendaftaran tu pulak kena lampirkan salinan IC, sijil kursus kawin, keputusan ujian HIV dan pengesahan status bujang dari majikan (kalo tak silap untuk KL sahaja). RM5.00 dikenakan untuk pernikahan di sekitar Lembah Kelang. Luar dari KL kena charge RM 25.00 (aku tengok kat borang tu yang tulis)..dah siap register dia keluarkan sijil pengesahan pendaftaran dan kena serahkan kepada pihak perempuan. Cam aku perempuan kena daftar di Selangor, so die kena serahkan pendaftaran aku tu ke pejabat agama kawasan selangor..
Tapi sebelum tu aku dah buat Ujian saringan HIV..alhamdulillah, semuanya OK..dia bukan buat ujian HIV je, kandungan darah, ujian Thalassemia, darah tinggi dan sebagainya..ujian Thalassemia pun aku ngan tunang aku lepas..yang tak best nye.. berat badan tak ideal..kire dah berlebihan..sekarang pun dah duk kurangkan mkn..aku dah start pilih lauk cam hospital..nasi separuh..sayur..ikan..sedey…
Bila dah siap pendaftaran lega sikit. Kad jemputan pun dah siap, cuma belum edarkan. Awal lagi..yang merisaukan sikit, bila takut ada yang tak cukup..walaupun dah rancang perbelanjaan, still risau gak. takut ada yang diluar jangkaan..semuanya buat sendiri..aku tak de amik catering..masih lagi menggunakan khidmat gotong-royong..
untuk hari-hari yang seterusnya pasti akan semakin sibuk..
* apply cuti sebulan..
gempak…









